Berikut adalah jawapan kepada beberapa soalan yang sering ditanya. Sentuh soalan untuk dapatkan jawapan. Tekan sekali lagi untuk tutup jawapan. |
|
![divider](images/dot.gif) |
Apa yang perlu dibawa ke Thailand? |
|
Rakyat Malaysia perlu bawa pasport dan IC. Kalau warga asing, bawa pasport. Kalau pernah bercerai, bawa surat cerai yang asal. Kalau kematian suami/isteri, bawa surat kematian suami/isteri yang asal. Kalau mualaf, bawa sijil mualaf yang asal. |
|
![divider](images/dot.gif) |
Adakah sijil kursus pra-perkahwinan diperlukan untuk nikah di Thailand? |
|
Tak perlu. Tapi, sijil itu akan diperlukan untuk mendaftar di Malaysia selepas nikah di Thailand. |
|
![divider](images/dot.gif) |
Berapa hari diperlukan di sana untuk dapat dokumen lengkap ? |
|
Dua hari bekerja, antara Isnin dan Jumaat, diperlukan di sana untuk balik dengan dokumen lengkap, termasuk surat pengesahan Konsulat Malaysia di Songkhla. Kalau tak boleh bermalam, hubungi kami, tel 0103658513 |
|
![divider](images/dot.gif) |
Boleh tak bawa wali hakim Thailand ke Malaysia, untuk nikah di Malaysia? |
|
Tak boleh. Nikah akan jadi tak sah. Wali hakim dilantik cuma untuk Wilayah atau Negeri di mana dia dilantik. Kalau dia keluar dari kawasan dia, dia hilang kuasa sebagai wali hakim. |
|
![divider](images/dot.gif) |
Saya dah hamil. Kalau nikah di Thailand, boleh tak anak dibinkan kepada suami saya? |
|
Anak boleh dibinkan kepada bakal suami kalau anak itu lahir lebih dari 6 bulan selepas nikah. Kalau anak itu lahir lebih awal, tak boleh bin kepada bakal suami. Jadi, kalau hamil, nikahlah seberapa segera yang boleh. |
|
![divider](images/dot.gif) |
Apa maksud "Konsulat Malaysia" dan mengapa surat pengesahan Konsulat Malaysia itu penting? |
|
Konsulat Malaysia di Songkhla adalah wakil kerajaan Malaysia di Selatan Thailand. Setiap dokumen dari Selatan Thailand, termasuk surat nikah dari mana-mana Pejabat Agama di Selatan Thailand, tak diiktiraf di Malaysia kecuali telah disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla.
Kalau surat nikah tak diiktiraf, sama macam tak ada surat nikah. Tak boleh dafar nikah di Malaysia dan pencegah maksiat boleh dakwa di mahkamah syariah atas tuduhan khalwat. |
|
![divider](images/dot.gif) |
Adakah perlu bawa wali dan saksi ke Thailand? |
|
Kalau jarak wali dari Majlis Agama Islam Songkhla lebih dari dua marhalah (96km), tak perlu bawa wali. Kalau jarak wali dari Majlis Agama Islam Songkhla kurang dari 2 marhalah, dan tak nak melibatkan wali, kami boleh bawa ke Maajlis Agama Islam Pattani atau Yala untuk cukupkan jarak
Ada negeri, seperti Terengganu, yang memerlukan dua orang saksi nikah hadir masa perbicaraan pengesahan nikah setelah balik ke Malaysia nanti. Tanya Pejabat Agama di tempat mastautin samada saksi akan diperlukan oleh Mahkamah Syariah masa perbicaraan pengesahan nikah nanti. |
|
![divider](images/dot.gif) |
Berapa nilai maskahwin di Songkhla? |
|
Majlis Agama Islam Songkhla tak tetapkan nilai maskahwin. Berapa pun boleh. Berpakatlah berdua. |
|
|