CINTA SEJATI

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan di temuinya.

 

Kasih sayang adalah anugerah Tuhan. Mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari saat dia telah jatuh cinta kepada seseorang.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban membuta-tuli adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Kasih sayang yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang. Bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.

 

MENCINTAI DAN MENYAYANGI

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Sayangilah diri kita daripada disakiti olehnya kerana ia tak semestinya dapat membahagiakan kita.

 

Cintailah diri sendiri terlebih dahulu. Kerana orang yang tidak menyayangi dirinya amat sukar untuk membahagiakan orang lain. Jangan permainkan perasaan orang dengan sesuatu yang mengecewakan jika tidak suka perasaan kita pula di permainkan orang lain.

Kejarlah cita-cita. Apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir. Janganlah menangis jika gagal bercinta kerana lambat-laun manusia pasti akan meninggalkan segala apa yang dicintai. Kasih sayang adalah cahaya yang menyirami kehidupan. Hidup menjadi suram jika orang yang kita sayangi tidak turut sama menikmatinya. Cinta itu adalah api, namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan kita.

Kasih sayang bukan mengajar kita lemah, tetapi memberikan kekuatan; bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan; bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

Jangan kerana menurutkan perasaan, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerananya prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.

 

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh...tetapi itulah hakikatnya.
Suka Sama Suka