Penjagaan Kesihatan Kuku
Penjagaan kesihatan kuku amatlah penting kerana kuku merupakan salah satu anggota badan manusia yang amat sensitif. Jika tidak dijaga ianya akan bermasalah dan mudah mendapat jangkitan penyakit seperti jangkitan fungus dan sebagainya.
Dewasa ini juga kita banyak mendengar wabak penyakit serius yang boleh membawa maut seperti penyakit kuku dan mulut, jadi amalan kebersihan amatlah penting dalam kehidupan seharian.
Disini adalah beberapa tips penjagaan kuku :
Selalu membersihkan kuku dengan merendam dalam air hangat
Membersihkan kuku dengan sabun lembut khas untuk kuku
Perlu kerap menggunakan pelembab
Selalu memotong kuku dan membuang bahagian yang tidak perlu
Harus minum banyak air