Cerai di Thailand
Pasangan yang telah nikah di Thailand, tetapi tidak mendaftar di Malaysia, boleh bercerai di Thailand.
Masa yang diperlukan bergantung kepada samada suami memberi kerjasama atau tidak.
Sekiranya suami bekerjasama, urusan cerai akan selesai dalam masa 2 hari. Kalau suami tidak bekerjasama, urusan cerai boleh selesai dalam tempoh tidak melebihi 4 bulan.
Proses untuk pergi ke Thailand secara sah untuk nikah atau cerai di Thailand dalam waktu PKP memerlukan visa khas dari Kedutaan Thailand di Jalan Ampang.
Cerai di Malaysia
Untuk menuntut cerai di Malaysia, pernikahan perlu didaftarkan di Malaysia sebelum memohon cerai.
Kalau suami memberi kerjasama, urusan pendaftaran dan cerai di Malaysia akan mengambil masa antara 5 hingga 9 bulan. Kalau suami tiidak bekerjasama, masa yang diperlukan boleh melebihi 3 tahun.
1. Suami mendafatar cerai
- Masa yang diperlukan: Dua hari bekerja
- Dokumen yang diperolehi: Sijil cerai & sijil pengesahan cerai dari Majlis Agama; sijil pengesahan cerai dari Konsulat Malaysia di Songkhla
Apa yang perlu dibawa:
- Surat nikah atau salinan surat nikah
- Pasport dan kad pengenalan suami
2. Isteri mendafatar cerai setelah diceraikan
- Masa yang diperlukan: Dua hari bekerja
- Dokumen yang diperolehi: Sijil cerai & sijil pengesahan cerai dari Majlis Agama; sijil pengesahan cerai dari Konsulat Malaysia di Songkhla
Apa yang perlu dibawa:
- Surat nikah atau salinan surat nikah
- Surat akuan cerai yang suami telah tandatangani di depan pesuruhjaya sumpah atau hakim mahkamah ( Tekan di sini untuk contoh )
- Pasport dan kad pengenalan isteri
4. Isteri memohon cerai taklik
Untuk isteri yang memohon cerai taklik setelah ditinggalkan oleh suami selama lebih dari 4 bulan berturut-turut.
- Masa yang diperlukan: 1 hingga 4 bulan
- Dokumen yang diperolehi: Sijil cerai & sijil pengesahan cerai dari Majlis Agama; sijil pengesahan cerai dari Konsulat Malaysia di Songkhla
Perlu pergi ke Majlis Agama di Thailand sebanyak dua kali: kali pertama untuk membuat aduan dan kali kedua untuk menerima surat cerai dan pendaftaran di Konsulat Malaysia.
Apa yang perlu dibawa:
- Surat nikah atau salinan surat nikah
- Surat aduan terhadap suami
- Dokumen sokongan (laporan polis, laporan doktor, srat atau whatsapp suami dan sebagainya)
- Dua orang saksi lelaki yang bukan bapa atau adik-beradik atau anak kepada pemohon cerai
- Pasport dan kad pengenalan isteri
Keperluan Cerai di Malaysia
1. Suami memberikan kerjasama
- Masa yang diperlukan untuk pendaftaran nikah: 3 hingga 6 bulan
- Masa yang diperlukan untuk pendaftaran cerai: 2 hingga 3 bulan
- Dokumen yang diperolehi: Sijil pengesahan nikah dan Sijil cerai
Apa yang perlu dibawa:
- Surat nikah dan surat pengesahan nikah dari Majlis Agama Islam di Thailand
- Surat pengesahan nikah dari Konsulat Malaysia di Songkhla
- Pasport atau Pas Sempadan (waktu masuk ke Thailand) dan kad pengenalan suami dan isteri
- Keputusan ujian HIV
- Saksi akad nikah atau video akad nikah
2. Suami tidak memberikan kerjasama
- Masa yang diperlukan untuk pendaftaran nikah: 2 hingga 3 tahun
- Masa yang diperlukan untuk pendaftaran cerai: 2 hingga 3 tahun