Terdapat ramai individu yang menawarkan khidmat nikah Thailand, terutamanya nikah di Songkhla, Majlis Agama Islam Cawangan Betong, Yala dan nikah di Narathiwat.
Dalam memilih khidmat yang ditawarkan, pertimbangan wajar diberikan kepada
Elakkan nikah di Narathiwat, Yala (termasuk Betong) dan Pattani sebab kawasan itu selalu berlaku rusuhan. Nikah di Narathiwat, Betong dan Pattani kurang selamat
Diantara elemen kos bagi pernikahan di Sempadan Siam ialah
Perhatikan dari peta di atas bahawa Betong, Golok, Tak Bai dan Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) tersangat jauh dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Masa perjalanan ke Konsulat adalah lebih dari 4 jam.
Jarak yang jauh ini menyebabkan agen yang membawa pasangan untuk nikah di Narathiwat atau Betong tidak membawa pasangan ke Konsulat Malaysia untuk mendapatkan surat pengesahan Konsulat yang sangat penting itu. Pasangan akan terpaksa pergi semula ke Songkhla dengan kos tambahan.Majlis Agama Islam Yala (MAIY) di Sateng dan Majlis Agama Islam Pattani (MAIP) di Muang Pattani adalah lebih dekat dengan Konsulat Malaysia. Masa perjalanan ialah lebih kurang dua jam. Kalau nikah di MAIY atau MAIP, ada kemungkinan tak sempat memohon surat pengesahan Konsulat pada hari yang sama. Ini bermakna bahawa kos tambahan akan diperlukan untuk berada di Thailand sehari lagi.
Tempat kahwin di sempadan Siam yang terbaik ialah di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), sebab Konsulat Malaysia bagi seluruh Selatan Thailand terletak tak sampai 30 minit dari MAIS kalau menaiki kereta.Kalau nikah di MAIS, segala urusan boleh selesai dalam masa 2 hari bekerja. Tak perlu dua kali perjalanan, dengan kos tambahan, seperti yang dilalui oleh pasangan yang nikah di Narathiwat atau Betong. Dan pakej yang ditawarkan perlulah lengkap sehingga dapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, supaya anda tidak bermasalah untuk mendaftarkan perkahwinan anda setelah pulang ke Malaysia nanti, atau kalau disoal oleh Pegawai Pencegah Maksiat. Sijil nikah saja tak cukup.
Tempat nikah yang diiktiraf oleh Malaysia ialah:
Tempat lain seperti Golok, Tak Bai dan Betong (kecuali cawangan Pejabat Agama Yala di Betong) tak ada dalam senarai JAKIM. Berhati-hati dengan agen yang menawarkan khidmat nikah di tempat selain Majlis Agama Islam yang tersenarai di atas, sebab ada kemungkinan mereka adalah dari sindiket nikah palsu yang menggunakan khidmat jurunikah yang tak bertauliah dan yang akan memberikan surat nikah palsu. Ada jurunikah bertauliah dan ada jurunikah sindiket di merata tempat. Nikahlah di Pejabat Agama yang diiktiraf untuk pastikan nikah itu sah.
Begitu juga dengan sesiapa yang menawarkan pernikahan di sempadan, dalam kawasan Malaysia, menggunakan jurunikah dari Thailand. Pernikahan itu tak sah. Elakkan!
Dokumen nikah yang perlu diperolehi dari Thailand ialah:
Semua dokumen di atas akan diperlukan di Malaysia nanti.
Dalam pada itu,
Jangan lupa membawa salinan pakaian dan sebagainya untuk pernikahan anda.
Pilih mana-mana tarikh yang difikirkan sesuai. Sekurang-kurangnya dua hari bekerja diperlukan (bukan Sabtu atau Ahad atau hari cuti am) kalau ingin dapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia sebelum balik ke Malaysia. Surat ini diperlukan untuk pendaftaran nikah di Malaysia nanti dan diperlukan juga kalau disoal oleh Pegawai Pencegah Maksiat sebelum pernikahan itu didaftarkan di Malaysia.
Lihat dulu Tarikh Cuti Thailand sebelum menetapkan tarikh untuk nikah di Thailand.