Pengguna Telefon Bimbit: Sentuh nombor berikut untuk menelefon kami: 010-365 8513. Call SEKARANG!!

Kalau terlanjur, eloklah nikah segera untuk mengelakkan dosa zina berterusan. Zina memang sedap. Sekali dapat, terus ketagih. Nak lagi dan lagi. Sebab itulah kena nikah segera untuk mengelak dosa. Dan prosedur nikah bagi pasangan terlanjur sangat mudah di Thailand. Tak perlu menunggu berbulan-bulan macam di Malaysia.

Ada orang menasihatkan supaya bertaubat selepas terlanjur. Ini sangat betul. Tapi, kena nikah juga. Kalau dah terlanjur tapi tak nikah, itu tanda kurang bertanggungjawab. "Dah ditebuk, ditinggalkan". Tak elok begitu.

Bagi perempuan yang terlanjur lalu hamil, anak yang lahir lebih dari 6 bulan selepas nikah boleh dibinkan kepada ayahnya. Kalau mengandung baru 3 bulan, masih sempat lagi. Kalau terhalang untuk berkahwin segera di Malaysia, mari kami bawa ke Thailand. Perempuan yang hamil luar nikah boleh berkahwin. Di Thailand, prosedur nikah bagi pasangan terlanjur memerlukan cuma satu atau dua hari.

Pasangan Terlanjur Perlu Nikah Segera

Perkara yang paling utama bagi pasangan yang terlanjur adalah untuk nikah dengan segera, atas dua sebab:

  1. Mengelakkan zina berterusan
  2. Untuk membolehkan anak (jika hamil) dibinkan kepada ayahnya

Pasangan yang terlanjur biasanya susah untuk tidak mengulangi perbuatan itu. Dorongan nafsu susah dikawal.

Prosedur nikah di Malaysia akan mengambil masa tiga bulan atau lebih. Zina boleh berterusan dalam masa ini.

Prosedur nikah di Thailand sangat pantas. Boleh segera nikah supaya hubungan menjadi halal dan tidak lagi berlaku zina. Zina adalah dosa besar!

Tentang anak pula, kehamilan biasanya cuma dikesan selepas 6 minggu. Kalau pada masa itu baru mohon nikah di Malaysia, mungkin usia kandungan dah 4 bulan lebih, baru nikah. Anak akan lahir tak sampai 6 bulan selepas nikah, maka tak boleh bin kepada ayahnya.


Prosedur Nikah bagi Pasangan Terlanjur

Prosedur nikah di Thailand adalah mudah dan boleh dilakukan dengan segera.

  1. Sediakan pasport dan kad pengenalan berdua
  2. Tetapkan tarikh untuk nikah dan maklumkan kepada kami. Dalam menentukan tarikh nikah, ambil kira perkara berikut:

    • Pejabat Agama Songkhla ditutup setiap Jumaat
    • Konsulat Malaysia di Songkhla ditutup setiap Sabtu dan Ahad
    • Kalau Malaysia cuti, Konsulat Malaysia pun cuti
  3. Pada tarikh nikah, jumpa kami di Imigresen Thailand di Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar pukul 6:45 pagi waktu Malaysia. Atau jumpa kami di mana-mana hotel di Hat Yai pukul 7 pagi waktu Thailand.

  4. Dari sana, kami bawa ke Pejabat Agama Songkhla untuk nikah

  5. Selepas nikah, kami bawa ke Konsulat Malaysia untuk serahkaan semua dokumen nikah kepada Konsulat

  6. Selepas itu, kami bawa untuk makan tengahari, kemudian kami bawa ke hotel.

  7. Esoknya, lebih kurang pukul 12 tengahari, kami jemput dari hotel dan bawa ke Konsulat semula, untuk dapatkan semua dokumen nikah

  8. Setelah dapat semua dokumen, kami bawa ke sempadan untuk perjalanan balik ke Malaaysia

Prosedur yang sangat mudah!

Pilihan untuk Nikah Semula di Malaysia

Pasangan yang nikah di Thailand selepas terlanjur, tapi tidak hamil, boleh memilih untuk nikah semula setelah balik ke Malaysia. Ikut prosedur nikah di Malaysia yang biasa.

Nikah di Pejabat Agama Songkhla tu dah sah, tapi kalau nikah semula di Malaysia, tak dikenakan denda dan dapat surat nikah Malaysia. Pasangan yang terlanjur, hamil, kemudian nikah di Thailand, perlu daftarkan nikah tu bila balik ke Malaysia. Denda boleh dikenakan. Pejabat Agama di Malaysia akan keluarkan surat pengesahan nikah (dan bukan surat nikah).

Prosedur Daftar Nikah

Prosedur untuk mendaftar nikah di Thailand setelah balik ke Malaysia adalah seperti berikut. Tapi, disebabkan ada perbezaan di antara negeri, mungkin proses sebenar berbeza sikit.

  1. Kalau belum menghadiri kursus pra-perkahwinan, pergilah hadir. Sijil kursus pra-perkahwinans akan diperlukan untuk mendaftar di Malaysia.
  2. Pergi ke Pejabat Agama di tempat mastautin dan maklumkan nak daftar nikah di Thailand. Pegawai di Pejabat Agamaa akan terangkan prosesnya sepenuhnya. Pegawai itu juga akan bagi senarai dokumen dan bilangan salinan yang diperlukan.

  3. Setelah siap semua dokumen yang diperlukan, pergi semula ke Pejabat Agama. Pejabat Agama akan keluarkan surat untuk dibawa ke mahkamah syariah, bersama dokumen yang disesiakan tadi.

  4. Mahkamah syariah akan bagi beberapa borang untuk diisi dengan lengkap. Setelah selesai mengisi borang2 berkenaan, pergi semula ke mahkamah untuk mendapatkan tarikh perbicaraan

  5. Masa perbicaraan, hakim akan bertanya tentang perjalanan ke Thailand, proses nikah, dokumen nikah dan beberapa soalan lagi. Sekiranya hakim berpuas hati bahawa nikah itu sah dan semua dokumen adalah lengkap, mahkamah akan keluarkan surat perintah dalam masa sebulan

  6. Setelah dapat surat perintah itu, pergi semua ke Pejabat Agama untuk proses seterusnya

  7. Bahagian Penguatkuasa di Pejabat Agama mungkin akan membawa ke mahkamah untuk dikenakan hukuman atas kesalahan nikaah di luar mukim tanpa kebenaran Pejabat Agama
  8. Setelah selesai semua urusan dengan Bahagian Penguatkuasa, nikah itu boleh didaftarkan di Pejabat Agama.

Dokumen untuk Perkahwinan di Thailand

Apa perlu buat dan bawa untuk nikah di Thailand:

  1. Kad Pengenalan

  2. Pasport atau Pas Sempadan

    Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, pasport yang paling murah berharga RM100 untuk tempoh 2 tahun.

    Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk Perlis, Kedah, Kelantan dan tiga daerah di Utara Perak. Penduduk lain di Perak dan penduduk negeri-negeri lain perlukan pasport antarabangsa.

    Mereka yang dikenakan sekatan perjalanan (disebabkan muflis, atau lain-lain sekatan) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini. Anda juga boleh memperbaharui pasport secara online di sini.

  3. Bagi janda:

    Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal.

    Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu.

  4. Warga asing pemegang permit kerja di Malaysia tak layak mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, tapi boleh nikah di Thailand.

  5. Warga Pakistan, Bangladesh dan Nepal yang ingin memohon visa dari Kedutaan Thaiand perlu mempunyai akaun bank tak kurang dari 6 bulan, dari mana-mana bank di Malaysia. Selain itu, mereka perlu mempunyai multiple entry visa dari Malaysia.

  6. Warga Pakistan, Bangladesh dan Nepal perlu masuk ke Thailand melalui lapangaan terbang dan balik semula ke Malaysia melalui lapangan terbang juga. Tak boleh masuk ikut sempadan.

  7. Bagi warga negara asing (bukan dari ASEAN):

    Semak dari Kedutaan Siam, tak kira di Malaysia atau di negara asal mereka, sama ada mereka perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam.

Hubungi Kami untuk Kahwin di Thailand!