Pastikan ianya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Pejabat Agama di Thailand, setelah diarahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla, telah memperkenalkan prosedur nikah di Thailand yang memastikan setiap perkahwinan warga Malaysia beragama Islam yang berlangsung di Thailand adalah sah dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sendiri.
Rakyat Malaysia dibenarkan berkahwin cuma di lima Pejabat Agama Islam yang terletak di Selatan Thailand. Sekiranya dilangsungkan di tempat lain, Pejabat Agama berkenaan dan Konsulat Malaysia di Songkhla tidak akan mengeluarkan surat pengesahan, dan ini akan menyukarkan pendaftaran di Malaysia nanti.
Prosedur nikah di Thailand jauh lebih mudah berbanding Malaysia
Tidak perlu menghadiri kursus pra-perkahwinan. Tidak perlu ujian HIV. Tidak perlu turun naik Pejabat Agama untuk memohon izin berkahwin dan sebagainya.
Yang perlu, hanya pergi ke Majlis Agama Islam, dan jangan lupa membawa bersama kad pengenalan (dan pasport untuk memasuki Thailand).
Bagi seorang janda, bawa bersama surat cerai atau surat kematian suami.
Dalam masa dua hari bekerja di sana, urusan nikah selesai dan dokumen nikah dah dapat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla. Balik ke Malaysia dan daftar di Pejabat Agama tempat mastautin.
Ada beberapa jalan untuk ke Songkhla untuk melangsungkan pernikahan bersama kami. Diantaranya: